Thursday, July 29, 2010

not anymore

Its Juat happens.............But Not anymore..N it cant be Twice.................

Wednesday, July 21, 2010

This Is What We call HoliDAy :)


dua orang yang beria2 baca map..padahall disneyland jer.. hahahha..but kalau x baca memang sesat :)
Really Miss this time....

Tuesday, July 20, 2010

JodoH

1. Gunakan seluruh pancaindera




Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



2. Bersahaja



Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



3. Senang bersama



Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



4. Terima kita seadanya



Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



5. Sentiasa jujur



Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



6. Percaya Mempercayai



Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



7. Senang Bekerjasama



Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



8. Memahami diri kita



Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



9. Tampilkan kelemahan



Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



10. Kata hati



Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia merancang, Allah menentukan.”



p/s: mungkin die jodoh saye ..ehem..ehem.. insyaallah :).. copy this from my sister

never be the same again

wow........dah lama rasanya tak menulis... pertama sekali thanks to kak fara izza ( kawan kak intan) sebab banyak betulkan penulisan ain..so mulai sekarang aku akan cuba untuk tidak menggunakan shortform :)

Bulan julai adalah bulan yang paling banyak sekali cubaan dalam hidup aku..xtau lah.. i lost something yang aku pun tidak berapa pasti...D...just a name tapi dia memberi banyak warna warni dalam kehidupan aku..walaupun aku tidak boleh bersama dengan dia untuk selamanya tapi kami memahami apa yang akan kami lalui sekarang..kesimpulannya kami dh membuat hala tuju masing-masing....,D..?? this name really...alhamdulillah dia dah pun berkahwin dgn pilihan hatinya ..semoga dikekalkan hingga ke akhir hayat.

MY SOUL..MY EverythInG

Dulunya aku rapat dengan sepupu aku yang aku panggil dia  A....AA...kiranya kami blood lah....dgn tiba-tiba kami dah x macam dulu lagi... just because of someone....pada aku apa yang aku cakap adalah apa yg dia sampaikan pada aku...tapi ye lah.. aku pun malas nk tanya dia apa pun skrg...sebab pada aku,dia sedar apa yang aku cakap tue betul...maybe dia x berani nk bersuara..so aku just let it be...hahaah pening aku pk kan... dia pun dh mulakan hidup baru yang gembira..alhamdulillah...tapi aku ngn dia sedar between us saling memerlukan sebenarny..dulu kemana aku pergi hanya dengan dia dan cuma dia..tapi tidak lagi sekarang..rindunya aku pada kehidupan kami dulu...she knows everything about me dululah...but not now.... to someone (gurl)... just bcoz of u..huhhuh !!!..

Keadaan perut aku semakin teruk sekarang...nape erk.. aku pun tak boleh nak cakap... kerap sakit.. nak pergi Hosp..Check Up..malas lah...tapi aku akan kuatkan semangat aku....

hahaahah... aku ada kawan dgn budak pejabat aku..nama dia LC...dia baik..everything adapada dia.. cuma aku xtau ikhlas ke dia berkawan dengan aku....???kadang2 aku rasa dia hanya cari aku bila dia bosan je dan bila dia betul2 memerlukan aku....aku senang kawan dengan dia...tapi kami x kemana pun..

Dah banyak sangat yang aku cerita erk.... sejak2 sekarang nie...aku tak berapa ada di dunia realiti sikit...heheh...everything NEver Be tHe Same agaIn....

Thursday, July 15, 2010

EverYthiNG ....................... :)

JUstT NOw...

aku tgah catt ngn sorg guy kat YM.... ishhk..dia nie selalu salah kan aku... everything aku bwt x betol pd mata dia..... sometimess ak pun x fhm apa yg dia nak..... everything on me.... haishhh...dia baik sebenarnya.... i like him as well... but im not for him.....hehheheh :)

LAsT Nite ....

last nite..im going out... ada ke last minit ajak aku makan stemboot.....sayang nyee pasall aku gi gak lah....kat ampang je..x jauh pown.. hehehe.... then kami round2 KL,...... aku mmg fail lah jalan2 kat kl nie... kejap lagi bulatan pahang..jap lagi pekeliling.. jap kat pwtc... adoittt puas aku blaja ingat tapi xleh gak..... hahha yang penting chow kit pun sampai skrg aku confius.....dia selalu marah aku pasal jalan.... dia kata duk KL kena blaja ingat jalan...sbb senang..elek jem... malas aku nk pk... yg penting aku lalu jln kucing ari2 sbb nk balik selayang.... rumah ku syurga ku.. hehehh3... :P

OFfiCE :-

Naper lah suhu di pjbt aku sejuk sgt...terlalu sejuk.... smpi aku pakai stokin..rasa mcm baru lepas pantang plak... hehhe2... org2 kat pjbt aku semua kelakar2..... masing2 ada style masing2... yg penting bila tiada sorg kami akan carik... sbb kurang sorg rasa sunyi je pjbt tue.... ayat aku kat pjbt .. " ark...nk gi mana tue.... kembali " dh jadi habit aku ckp kat abg2 opis aku... hahahha.. sbb dia org suka panggilan Pulau..heheheh....kat opis lah masa aku utk lupakan segala bebanan n masalah aku.... lallala... tapi aku kan murah senyuman.. so senyumm je... hehhehe.... keja aku kat opis tue belum selesai lagi... cari surat original n copy.. byk towl... bila lah aku nk ada auraa buat dlm sekelip mata... hehhehe...aku ada impian untuk sambung blaja Pjj... then amik EO.... mula2 aku ingat nk sambung DIP dulu lah... kalo x dpt degree... ermm... susahh towll.....doakan aku auw.... kawan aku ARINA..dh berjaya.. dia gak kwn yg susah n senang sama2 ngn aku... ehehehe always bg aku semangat..arina aku jumpa dia masa daftar form 6..twice..heheh kami ada satu impian... tapii dia lebih rajin dr aku so dia dpt 4P...tahniah babe..im proud of u. Lily ..my lovely friend...dia manja.. aku suka kwn ngn dia.. hapening je..aku jumpa lily masa induksi pendaftaran... roomate aku..syg kamo babe....rina pun kwn aku...syg kamooo gak...ernii also..... hahahahha ..ramai btoll kalo nk sebut semuanya... heheheh

tOniTe :)

again...berbuka posa lambt lagi..hahhaha..dimas subekti nyer pasal lah nie.... hahaha.. suka giler aku ngn citer tue....aku berbuka nasi kerabuu ..feel betoll aku makan... McD pun ada gakk.. hahah sampai xtau nk mkn kull brape.... DOouble Cheese Burger...lalalal...sedappnyer...skrg tugas aku setiap malam..melayan Afzan Baharudin ( 1st sis ) aku YM...heheh ...2nd sis aku Acta Baharudin.... 2nd sis aku nie addict ngn kerja... kalo bolehh tido pun nk kat pjbt..hahhha.. sgt suka business.. dr situ aku berimpian nk buat business blog dgn dorongan kakak aku & kawan aku Arina....buah pun kalo bole aku nk juall..buah potong.. tapi keadaan opis aku x mengizinkan aku uutk bwt mcm tue.... hehheheh.. business minded..lalalla......modal yang sikit untung yang lumayan.... that is business.... :)...mata ak dh ngantok... nk sidaii kainn jap lah... haishhh.... kalo ada mesin lipat kain.. aku lah org pertama yg akan beli.... hahaha..giler pemalas erk......

MidNigHT

always aku wait dia sms aku....sblum tido.... ermm kdg2 jee ....tp malas nk carik gaduh aku diamkan je..but only one thing yg aku tau.. I love U..dulu mmg aku x suka ko.. tapi skrg aku mmg syg ko..& ko pun tau tue...but everything too late.. hahhaha... hargailahh apa yg ad....actually aku syg dia lah.... tapi sejauh mana aku pun tak tau.,..... hati aku nie... x berbunyi2 plak siapa sebenarny...bila gaduh ngn dia... baru aku sedey.... tappii dia..kdg2 x hargai aku... that Y last nite dia spent time ngn ak... ak sgt hargai.... thx....k lahh aku nk siapkan kerja rumahh nie.. sbb nak cutii until tuesday... im going back too mersing.. x sabar rasanya..dh 8bln x blk kg... miss everything there.....

OoooPssSttttTTT..... jangan lupa comentt..supaya dpt membentuk aku dlm penulisan aku K.... thx babe :)

That is Why i called tis day.... Everything.......................... :)
see yaa....

Tuesday, July 13, 2010

be as what u want to be..... :)

salam.......

wow.... x sangka dapat gak siapkan blog nie... walaupun baru belajar ..hehehe so agak slow lagi.....
Alhamdulillah dgn bantuan kawan baik aku..CIK ARINA..thanks coz ajar aku,..syg kamoo.... siap gak blog nie.... sebenarnya dia yg nk tolong buatkan ...tapi dia nyer laptop shut down..hahhha siannn......

baru berbuka posa.... samapi 7.45...ahha lewat plak.... patot ah perut pun dh kreewk..krok..krooewwwl...rupa2nya..dh lewat 15min berbuka........hehehe3...
sory kalo belum menarik lagi.... 1st time ... bdk baru belajar... hehehhe

Thanks gak to my friend Cik Azu..coz like too call me cottoncandy...so that why saya letak nama nie..... utk always ingat pd dia... heheheh.syg kamoo selaloo.